Wednesday, 16 May 2012

PERMOHONAN MAAF ATAS RALAT DAN KESULITAN

Pernyataan Kesulitan Blog ini, Ralat, dan Pernyataan Maaf Penulis.

BARU-BARU INI PENULIS BLOG INI (BSN) TELAH MENGALAMI KESULITAN DIATAS KECUAIAN PENULIS SENDIRI SECARA TIDAK SEDAR TELAH MENIMBULKAN RALAT IAITU BLOG SERTA AKAUN FACEBOOK PENULIS INI TELAH DIGODAM OLEH INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DIMANA PENGGODAM TELAH MENULIS SESUATU PERKARA YANG AMAT MEMALUKAN SEHINGGA MENYUSAHKAN BANYAK PIHAK.

KENYATAAN 'RALAT' TERSEBUT MENYATAKAN SEPERTI BERIKUT:

Pernyataan salah: 'Program Ramah Mesra bersama-sama Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri                
                            pada 14/5/2012 jam 6 hingga jam 11 malam bertempat di Selayang Capitol'.

Pernyataan yang sepatutnya betul ialah : 'Program Ramah Mesra bersama-sama Timbalan Menteri di 
                                                             Kementerian Dalam Negeri pada 25/5/2012 jam 2.30petang bertempat 
                                                             di Summit Square, Selayang.

Untuk ini diharap tiada pihak yang tersinggung dan PENULIS (EN.ZAL) MEMOHON MAAF ATAS PERKARA RALAT TERSEBUT DAN PEMBACA TIDAK MENYIMPAN PERKARA NEGATI TERSEBUT DIHATI DAN PENULIS AMAT MENYESALI ATAS KECUAIAN YANG TELAH BERLAKU. 

SEGALA TINDAKAN PENULIS AKAN MERUJUK PADA PIHAK BERWAJIB UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA.

JIKA ADA KEMUSKILAN BOLEH MENGHUBUNGI PENULIS SEMULA DI EMEL : brigedsetianegara@gmail.com.

Sekian, Terima Kasih.

Saturday, 5 May 2012

Ketua Pengarah Rela Hadir ke Program Pemberian Kad Keahlian Rela

Program Pemberian Kad Keahlian Rela dan Penerimaan 800 borang keahlian penyertaan yang baru.

Kehadiran para tetamu VVIP iaitu Timbalan Ketua Pengarah RELA Malaysia (Ketua Pengarah Tak dapat hadir oleh kerana urusan penting yang tak dapat dielakkan), YB Dato Subahan Kamal (Adun Taman Templer) , Janeral Sam (Selangor) , dan Puan Jessie (Calon Ahli Parlimen Selayang / MCA), Kehormat-kehormat, serta Pegawai-pegawai Rela Negeri dan Daerah.

Briged Setia Negara sasar 100,00 ahli

Petikan dari http://www.malaysiakini.com/news/162621

5:28PM Apr 27, 2011

Briged Setia Negara - unit dalam Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) - yang antaranya digerakkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor Abdullah Mansor mensasarkan keanggotaan sebanyak 100,000 orang untuk kumpulan pertama.

"Kita sasarkan 100,000 orang akan menyertainya. Status (keanggotaannya) setakat ini tak perlulah kita maklumkan terlebih dahulu," kata Abdullah yang juga aktivis RELA berpangkat kolonel (kehormat).

Menurutnya lagi, kumpulan yang menyertai briged yang baru ditubuhkan pada tahun ini buat masa ini akan dilatih terlebih dahulu, antaranya melalui kursus jatidiri, perlengaan serta semangat cintakan raja dan negara.

Ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini, Abdullah bagaimanapun menafikan briged itu merupakan satu unit khas yang ekslusif untuk anggota PERKASA, seperti dilaporkan Komunitikini semalam.

"Ia tidak ada kena mengena dengan perkara, seperti Briged Orang Asli dan briged-briged lain. Dalam briged ini, antaranya kita tanamkan semangat kesetiaan kepada raja dan negara," katanya.

Sambil memberitahu keanggotaannya terbuka kepada semua pihak dan bukan anggota rela sahaja, Abdullah berkata pihaknya bukan hendak "merperkasakan RELA".


"Kebetulan mereka dalam briged ini juga berada dalam PERKASA. Kita beri keutamaan, siapa (anggota PERKASA) nak masuk, masuklah. Bukan itu sahaja, kita juga akan promosikan di sekolah melalui penubuhan Kadet RELA," katanya.


Semalam,
Komunitikini melaporkan, PERKASA memperluaskan peranan dalam perjuangan politiknya dengan menubuhkan 'unit khas' - Briged Setia Negara - dalam RELA, yang ekslusif untuk anggotanya.

RELA merupakan pasukan sukarela yang ditubuhkan pada 1972 bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 sebagai platform kepada orang ramai membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.

Berkuatkuasa pada 1 Februari 2005, pegawai RELA juga diberikan kuasa-kuasa tertentu dalam menangani pendatang asing tanpa izin.